fb fb fb fb fb

Program Rakan Muda: Lebih 1.78 juta belia menyertai, lepasi sasaran 1 juta penyertaan tahun ini

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 27 November- Lebih 1.78 juta belia telah menyertai program Rakan Muda dan ia melepasi sasaran penyertaan sejuta belia tahun ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 3,947 aktiviti telah dilaksana merentasi 10-gaya hidup di mana Rakan Aktif, Rakan Demokrasi dan Rakan Mahir paling mendapat sambutan.

"Kementerian ini akan terus menjadikan  Rakan Muda sebagai program utama dalam memperkasakan pembangunan belia di samping menyemai gaya hidup positif di kalangan anak muda di Malaysia. Program ini turut dilaksanakan melibatkan agensi kerajaan  , badan bukan kerajaan dan pihak korporat dan melibatkan perkongsian peruntukan penggunaan  kemudahan fizikal  dan pengukuhan kepakaran," katanya.

Adly menjawab soalan yang di kemukakan wakil Bayan Baru,  Sim Tze Tzin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Program Rakan Muda dilancarkan semula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25 Jun lalu.

Sepuluh gaya hidup baharu diperkenalkan melibatkan Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

ZEHRA BINTI ZAMBRI