fb fb fb fb fb

301 projek projek perumahan sakit dan terbengkalai berjaya dipulihkan TFST

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 27 November- Sebanyak 301 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan oleh Taskforce Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai (TFST), dengan nilai pembangunan kasar mencecah RM28.88 billion

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan,  Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata empat elemen ditekankan sebagai terma rujukan TFST iaitu pengenalpastian, penyelesaian, pencegahan dan cadangan model ke hadapan  bagi meneliti setiap tindakan dan inisiatif yang dijalankan sebagai langkah pencegahan serta pemulihan projek perumahan berkenaan.

Katanya, pada masa sama, KPKT turut mengambil tindakan terhadap syor serta langkah pemulihan yang wajar seperti menambahbaik pelaporan untuk mengesan senarai projek perumahan sakit dan terbengkalai serta mengadakan pemantauan dan lawatan tapak secara berkala bagi melihat sendiri prestasi kerja di tapak projek.

"Kini kita menghasilkan statistik secara bulanan mengikut kategori, jenis projek, peratusan lewat atau sakit serta punca masalah setiap projek untuk mengenalpasti kaedah penyelesaian.

"Selain itu, kita mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudah cara kerja-kerja penyiapan komponen infrastruktur bekalan elektrik, lampu jalan, jalanraya serta sistem kumbahan sehingga projek siap dengan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) atau sijil kelayakan menduduki", katanya ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu tambah Akmal, libat urus bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan juga dilaksanakan supaya pemantauan dan kawalan terhadap akaun pemajuan perumahan lebih bersepadu selain menambahbaik sistem pasukan pengurusan perumahan bersepadu, bagi menambah keberkesanan pengurusan dan pemantauan terhadap pemaju.

Ini bertujuan memastikan  pelaporan pemajuan, perkongsian data dan pengemaskinian maklumat projek dapat dilaksanakan secara 'near real time'.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD