fb fb fb fb fb

Banjir: 126 penduduk masih berlindung di 4 PPS di Terengganu

Keadaan banjir yang telah surut di kediaman penduduk di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 November- Lebih ramai penduduk terjejas banjir di Terengganu pulang ke kediaman masing-masing selepas cuaca agak baik di hampir semua daerah di negeri itu sejak dua hari lalu.

Sekretartiat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, seramai 126 penduduk masih berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, 51 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) di Kuala Besut, SK Atas Tol di Kuala Terengganu (46), Sk Tok Kah di Dungun (23) dan SK Kampung Rhu Sepuluh kekal sembilan orang.

Bagaimanapun, hujan masih direkodkan berlaku di beberapa kawasan terutama di daerah Setiu dan Besut.

SITI AISHAH BINTI MD ISA