fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Kelantan bertambah sedikit

Penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara di Kelantan

PASIR MAS, 27 November- Keadaan banjir di Kelantan menunjukkan sedikit peningkatan dengan merekodkan seramai 729 penduduk terjejas setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, berbanding 718 orang pagi tadi.

Kesemua mereka adalah daripada 209 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Bachok dan Pasir Mas.
 
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, penduduk terjejas di Bachok ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat adalah 354 orang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, 67 orang.

Sementara di Pasir Mas, seramai 243 orang ditempatkan di SK Tok Deh dan SK Kedai Tanjong, 65 orang.

Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang pula merekodkan paras air melebihi tahap waspada iaitu 57.39 meter, menurut Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

SITI AISHAH BINTI MD ISA