KUALA LUMPUR, 27 November- Seramai 100 orang kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyertai Explorace RTM 2023, BAKES SFT “RUN FROM STRESS” yang julung kali dianjurkan oleh Seksyen Berita Ehwal Semasa.
Pemangku Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Sharipan berkata program tersebut bertujuan membina ukhuwah dalam kalangan pekerja.
"Bagi saya ini satu acara yang baik dianjurkan dengan penglibatan kakitangan RTM, matlamatnya bukan untuk menang atau pun hadiah semata-mata tapi dapat mengukuhkan ukhwah dalam kalangan pegawai di sini.
"Pada masa sama 'treasure hunt' ini dibuat kerana RTM kini mempunyai banyak bangunan baru, jadi secara tidak langsung para peserta dapat mengenali kawasan atau pejabat yang ada dalam kawasan Kota Media ini,"katanya.
Tambahnya lagi, melalui program berkenaan, para peserta dapat menterjemahkan kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis secara berkumpulan.
Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400 beserta hamper.