KUALA LUMPUR, 37 November -Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan mewujudkan akta khusus untuk tangani kes buli termasuk di platform siber.
Perkara mengenainya akan dibincang Kementerian Komunikasi dan Digital bersama pemegang taruh kata Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching.
"Buli siber khasnya dalam kalangan remaja bukan hal remeh yang dipandangan ringan. saya terima secara hati terbuka cadangan Yang Berhormat mungkin satu akta khusus boleh diwujudkan untuk buli siber .
"Jadi saya akan bawa balik cadangan itu untuk berbincang dengan pemegang taruh yang lain untuk lihat mana satu kementerian yang lebih sesuai untuk bawa akta itu", kata Nie Ching ketika mengulas cadangan bagi mewujudkan akta buli Siber yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermiyati Samsudin
Sementara itu, Sebanyak 1,147 kandungan berkaitan buli siber di pelbagai platform media sosial telah diturunkan sejak Januari hingga 15 November tahun ini.
"Statistik kandungan yang telah diturunkan mengikut platform media sosial adalah Tik Tok (804) posting, Facebook 195, X (7), instagram (9), YouTube (9) dan juga lain-lain (123)", kata Nie Ching di Parlimen hari ini.