fb fb fb fb fb

Program Rahmah PIBG ‘Bajuku Kini Bajumu’

(SK Permatang Tok Mahat di sini melancarkan Program Rahmah PIBG ‘Bajuku Kini Bajumu’)

NIBONG TEBAL, 5 Mac- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Mahat di sini melancarkan Program Rahmah PIBG ‘Bajuku Kini Bajumu’ bagi mengumpulkan pakaian sekolah terpakai yang masih sempurna untuk disumbangkan kepada keluarga memerlukan.

Yang Dipertuanya, Farid Suwardi berkata, program dengan kerjasama alumni sekolah itu bertujuan meringankan beban ibu bapa setiap kali masuk penggal persekolahan baharu, selain dengan ketibaan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi yang memerlukan perbelanjaan besar.

Kempen tersebut dimulakan dengan mengumpul pakaian seragam sekolah, pakaian sukan, baju pasukan unit beruniform dan baju pengawas yang masih sempurna.

Mereka yang menerima sumbangan terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan bekerja kampung.

Sejak kempen itu dilancarkan pada 20 Februari lalu, pihaknya menerima sumbangan baju terpakai yang menggalakkan daripada masyarakat sekitar.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan barangan keperluan sekolah menghubungi talian 013-4988 883.

 (Program Rahmah PIBG ‘Bajuku Kini Bajumu’ dilancarkan pada 20 Februari 2023)

Media Baharu