fb fb fb fb fb

Program Pride Kasih sedia Kad Kesihatan bernilai RM500

TEMERLOH, 19 Jun - Sebanyak RM20 juta diperuntukkan tahun ini  bagi menjayakan Program Pride Kasih dengan pemberian kad kesihatan bernilai RM500 kepada kira-kira 40,000 golongan warga emas di negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,  program ini merupakan program kesinambungan tahun lalu setelah mengambil kira keberkesanan membantu warga emas mendapat rawatan di 70 klinik panel di seluruh Pahang, sepanjang tahun ini.

Jelasnya , bagi tahun ini inisiatif bantuan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih bernilai RM500 diberikan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bawah Skim Bantuan Warga Emas dan Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) serta penerima daripada senarai permohonan dari Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Diberi peluang untuk pergi ke klinik-klinik swata yang ditentunkan kerajaan negeri Pahang. Jadi ini membolehkan mereka tidak perlu pergi ke hospital kerajaan kerana hospital kerajaan ramai yang kesana dan mengurangkan kesesakkan di hospital kerajaan. Saya berharap mereka dapat gunakan kad Pahang Pride kasih ini sebanyak RM500 ini dengan sebaik mungkin," kata Wan Rosdy, di sini.

(Wan Rosdy bercakap kepada media selepas menyampaikan bantuan
Kad  Kesihatan Warga Emas peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak Temerloh)

Menurut beliau, jenis rawatan yang akan diberi melalui kad kesihatan ialah Perlindungan Rawatan Pesakit Luar (seperti demam, batuk, selesema dan sakit badan) dan Pemeriksaan Kesihatan Asas seperti Ujian Darah, selain  pengambilan Vaksinasi dan ujian kendiri influenza dan COVID-19.

Media Baharu