fb fb fb fb fb

Menteri Agama berangkat ke tanah suci tunai haji

(Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar)

SEPANG, 19 Jun- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang bakal berlepas menunaikan haji, memilih untuk berangkat bersama bakal jemaah haji yang lain bagi merasai sendiri pengalaman perkhidmatan yang disediakan Tabung Haji (TH).
 
Beliau yang tiba di Kompleks Haji di MovenPick kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi berkumpul di dewan bersama jemaah lain untuk mendengar taklimat, melapor diri, mendaftar masuk dan menaiki bas ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
"Saya sendiri nak merasa. Saya lalui prosedur yang sama dengan jemaah haji yang lain.

"Kalau perkhidmatan ini terbaik maka saya sendiri rasa saya boleh bercakap dengan jemaah lain, tidak perlu tunggu laporan daripada Tabung Haji. Sebab saya sendiri yang turut merasai pengalaman ini,"katanya.
 
Beliau yang berlepas ke tanah suci pada pukul 4.10 petang menerusi penerbangan Malaysia Airlines, MH8188 bersama 284 bakal jemaah haji, turut ditemani isteri, Datin Nik Roslini Raja Ismail dan seorang pegawai.
 
Selama berada di Mekah, beliau turut akan mengadakan pertemuan khas bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi bagi membincangkan penambahbaikan haji dan umrah pada masa akan datang.
 
Beliau berharap, rakyat Malaysia yang menunaikan haji pada tahun ini dapat menjaga nama baik negara selain merebut peluang untuk berta’aruf dengan Jemaah haji yang lain.


(Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan isteri menaiki
bas ke KLIA sebelum berlepas ke tanah suci)

Media Baharu