fb fb fb fb fb

Program 'Plogging World Clean Up Day', beri kesedaran jaga kebersihan

KANGAR, 19 September- Seramai 120 peserta terdiri daripada semua Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyertai 'Program Plogging World Clean Up Day (WCD)'.

Menurut Exco Negeri, Fakhrul Anwar Ismail, penganjurannya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sebagai tanggungjawab bersama.

Program yang berlangsung di Taman Awam Bukit Lagi berjaya mengumpulkan sebanyak 127 kilogram sampah termasuklah botol minuman, plastik dan sisa pepejal lain.

"Inisiatif pelaksanaan program ini boleh meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan serta mengekalkan keselamatan dan kebersihan persekitaran selain mengalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif serta peka akan pemuliharaan alam sekitar", katanya.

Beliau memaklumkannya ketika menyertai Program Plogging World Clean Up Day di Taman Awam Bukut Lagi, Kangar.

Program bermula dengan sesi senaman sebelum peserta memulakan acara mengutip sampah sambil berjalan kaki sepanjang laluan sejauh 5 kilometer sekitar taman berkenaan.


(Program yang berlangsung di Taman Awam Bukit Lagi
mengumpulkan 127 kilogram sampah)
 

Media Baharu