fb fb fb fb fb

Seleweng minyak diesel, dua lelaki ditahan KPDN Perak

IPOH, 19 September- Dua lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel di hadapan bengkel lori, Jalan Degung Kampar, Perak, awal pagi tadi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamaluddin Ismail berkata kedua-dua tangkapan membabitkan individu berusia 25 dan 32 tahun.

Hasil risikan selama dua minggu, menemui dua buah lori tangki yang telah diubah suai sedang melakukan aktiviti jual beli minyak diesel melalui pemindahan tangki.

Sindiket juga dipercayai membeli minyak diesel di stesen minyak sekitar Kampar dan menjualnya terus kepada lori tangki pembeli.

Aktiviti berkenaan dilakukan pada awal pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Serbuan turut menemukan 13,000 liter cecair disyaki minyak diesel bernilai lebih RM428,000.

Pemandu lori ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang lesen CSA bagi borong, runcit atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.


(Foto Ihsan KPDN Perak)

Media Baharu