fb fb fb fb fb

Hantaran hina PM di TikTok, AMK buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 19 September- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membuat satu laporan polis berhubung video tular di media sosial yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata video berdurasi kurang satu minit itu memaparkan seorang wanita mengaku telah menghina Perdana Menteri dan melakukan provokasi secara terbuka.

"Satu pengguna akaun Tik Tok telah membuat hantaran palsu mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau telah meninggal dunia. Bagi kami, ini adalah sesuatu yang melampau akibat daripada ketaksuban penyokong tertentu.

Jadi, ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepada masyarakat. Politik melampau, pilihan raya juga telah selesai. Saya mohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan," kata Izwan kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara berkata wanita tersebut turut meletakkan poster menyatakan Perdana Menteri sudah 'meninggal dunia' berserta ucapan takziah.


(Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim ditemui pemberita sejurus
membuat laporan polis di IPD Dang Wangi)

Media Baharu