fb fb fb fb fb

Program Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia dilanjut hingga hari ini

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- 506 usahawan, peniaga dan penjaja kecil dari seluruh negara dihimpunkan pada Program Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia Tahun 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ia dianjurkan khusus untuk meraikan penjaja, peniaga dan usahawan kecil, di samping menjadi platform bagi merancakkan lagi sumbangan ekonomi sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata selaras Aspirasi Keluarga Malaysia, pihaknya juga memperhebat inisiatif kepada golongan sasar antaranya melanjutkan lesen berniaga percuma di bawah Skim Wilayah Bebas Berniaga sehingga hujung tahun ini yang memberi manfaat kepada seramai 4,500 peniaga di Wilayah Persekutuan.

"Objektif penganjurannya pertama, kita himpunkan mereka ini. Kemudian, yang kedua kita memperkenalkan semula penjaja dengan pendekatan baharu selain itu kita juga kita nak umumkan insentif dan usaha untuk bantu penjaja di Wilayah Persekutuan seperti kawasan bebas niaga dan lain-lain lagi.

Dalam masa sama, kita juga akan mengumumkan sesuatu yang lebih bermakna dan besar kepada penjaja pada Sabtu malam," kata Shahidan kepada pemberita RTM selepas Majlis Perasmian Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 di ibu negara.


(Foto FB Menteri)

Beliau juga berkata pihaknya komited dalam mencari pelbagai kaedah demi meringankan beban ekonomi Keluarga Malaysia serta mengurangkan kesan inflasi kepada mereka.

Pesta ini akan berlangsung sehingga hari ini dengan sasaran lebih 30,000 pengunjung.

Media Baharu