fb fb fb fb fb

CSM-ACE digabung ke dalam Cyber DSA 2023

Foto FB K-KOMM

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Anugerah, Persidangan dan Pameran CyberSecurity Malaysia (CSM-ACE) digabungkan ke dalam Ekspo serta Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber peringkat ASEAN (Cyber DSA 2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 15 hingga 17 Ogos tahun depan.

Menurut Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, ia bakal menyaksikan penglibatan pemain industri siber dari rantau Asia termasuk profesional dalam sektor swasta dan awam selain petugas keselamatan serta ketenteraan yang akan bersidang bagi memacu industri itu ke arah lebih cemerlang.

"Saya yakin Cyber DSA 2023 akan berjaya dan berupaya membawa satu dimensi baharu dalam proses melestari bidang keselamatan siber di Malaysia.

Justeru, semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan dan memberi tumpuan terhadap usaha menangani ancaman dan serangan siber," kata Ketua Setiausaha K-KOMM, Datuk Seri Mohammad Mentek yang membacakan teks ucapan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa sempena Sambutan Jubli Perak CyberSecurity Malaysia yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.


(Foto FB K-KOMM)

CSM-ACE 2022, yang berlangsung dari 17 Oktober hingga hari ini merupakan acara tahunan CyberSecurity Malaysia berkonsepkan kerjasama awam-swasta merangkumi tiga komponen iaitu Anugerah Keselamatan Siber Malaysia, persidangan dan pameran.  

Seramai 19 penerima Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2022 diraikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan oleh organisasi global, usahawan kecil dan sederhana tempatan (PKS), profesional keselamatan siber serta individu meliputi bidang keselamatan siber.

Media Baharu