fb fb fb fb fb

Pengurusan bekalan telur baik meskipun dalam kuantiti terhad

NILAI, 20 Oktober- Pengurusan bekalan telur masih dalam keadaan yang baik meskipun penyediaan kuantiti yang terhad dan tidak mencukupi di premis perniagaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azman Mohd Yusof berkata terdapat beberapa faktor menyebabkan bekalan lambat sampai kepada premis tertentu.

"Kekurangan sesetengah tempat ini dia ada banyak faktor. Umpamanya kadang-kadang ada tempat itu ada yang kena bayar tunai sedangkan yang nak mendapatkan barangan tersebut tak dapat gunakan tunai kena berhutang dulu dan sebagainya, itu bergantung kepada 'business modal'.

"Ada juga kemungkinan pengangkutan yang ada masalah jadi lokasi jauh dan sebagainya," katanya.

(Datuk Azman Mohd Yusof)

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali di sebuah pasar raya, di sini.

Dalam pada itu, pemantauan juga mendapati tiada individu atau premis yang mengambil kesempatan menyimpan bekalan telur bagi kepentingan sendiri.

Media Baharu