fb fb fb fb fb

KPLB komited tambah baik silibus TVET, penuhi keperluan pasaran kerja

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) komited menambah baik silibus Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan pasaran kerja menjelang tahun 2025.

Inisiatif itu sekali gus memberi keyakinan terhadap 2.5 juta belia luar bandar untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid TVET berupaya menjadi ejen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara.

"Yang pertama sekali kita bincang dengan pengurusan tertinggi nak tengok kepada subjek apa sepatutnya kekal sampai bila-bila, sebab subjek itu menjadi tarikan dan mendapat tempat di pasaran, mudah orang nak dapat kerja.

"Yang kedua berapa besar kita nak jumlah volume pelajar dalam TVET," katanya.

(Datuk Seri Mahdzir Khalid/Foto BERNAMA)

Beliau ditemui pada Majlis Anugerah Institusi Pendidikan TVET@KPLB yang diperkenal buat julung kalinya, di sini.

Anugerah diwujudkan bagi memberi galakan untuk mendorong pencapaian cemerlang dan sumbangan yang lebih aktif oleh institusi, tenaga pengajar, pelajar dan alumni.

Media Baharu