fb fb fb fb fb

MAVCOM akan kawal selia harga tiket penerbangan menjelang PRU15

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) diarah menyiasat dakwaan harga tiket penerbangan naik dua kali ganda susulan pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menasihatkan orang ramai yang layak mengundi dan mahu pulang ke kampung menunaikan tanggungjawab tersebut, membuat tempahan lebih awal.

Ia bagi mengelak mengelak harga tiket penerbangan lebih mahal jika tempahan dibuat pada saat akhir atau waktu kemuncak.

"Kita akan serah kepada MAVCOM untuk melihat...mengikut mekanisme harga dinamik yang mana-mana syarikat penerbangan dalam dunia tetapkan, lebih awal tiket ditempah, ia murah.

"Lebih dekat dengan satu tarikh atau peristiwa, harga akan menjadi lebih tinggi.

"Kita serahkan kepada MAVCOM untuk mereka meninjau bahawa ia betul dan dibenarkan atau sebaliknya," kata beliau.

(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

Ka Siong berkata demikian ketika ditemui pada Perasmian Aplikasi E-hailing TAXI4U di Pejabat Agensi Pengangkutan Awam Darat, di sini hari ini.

Media Baharu