fb fb fb fb fb

Kempen PRU15, tempoh 14 hari mencukupi untuk calon dekati pengundi

PUTRAJAYA, 20 Oktober- Tempoh 14 hari kempen memberi ruang dan peluang yang luas kepada setiap parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menunjukkan ruang demokrasi diberi sama rata tanpa mengira parti.

"Saya rasa dua minggu itu agak munasabah, jangan lagi ada alasan mana-mana parti tidak mempunyai peluang dan ruang, lantai demokrasi dibuka seluas luas.

"Kalau ia dibuka kepada UMNO dan Barisan Nasional...ia juga dibuka kepada parti Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Jadi tidak seharusnya ada aduan mana-mana parti menyatakan mereka tidak ada peluang," katanya.

(Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahun 2022, di sini hari ini.

Reezal Merican optimis, tempoh kempen selama dua minggu itu juga sangat mencukupi untuk mendekati hati pengundi oleh setiap calon.

Media Baharu