fb fb fb fb fb

JBPM siap siaga, ambil kira semua faktor pastikan PRU15 lancar

PUTRAJAYA, 20 Oktober- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersiap sedia memastikan PRU15 berjalan lancar.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata persediaan telah dibuat sejak September dengan mengambil kira semua faktor termasuk kemungkinan berlakunya banjir.

"Kami sebenarnya dalam mod sedia dan juga mod kecemasan, bersedia untuk mengatasi apa yang berlaku.

"Tapi kita akan berkolaborasi dengan agensi lain kalau diperlukan membantu, kita akan bantu apa sekalipun, katanya.

(Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahun 2022, di sini hari ini.

JBPM turut melakukan gerakan dengan mengehadkan cuti anggotanya pada bulan depan.

Media Baharu