fb fb fb fb fb

Kanak-kanak lemas, tergelincir ke dalam kuari

Foto JBPM

BALING, 7 Ogos - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tergelincir ke dalam kuari berhampiran Taman Mesra Ria, Kupang di sini, ditemukan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang tadi, sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

Ketika kejadian mangsa, Muhammad Farish Syazwi Mohamad Sukri dikatakan sedang memancing di kawasan kuari pasir.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan menggunakan teknik pencarian di permukaan air.

Mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan tergelincir kira-kira pukul 6.30 petang.

Mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis, sebelum dibawa ke Hospital Baling untuk tindakan lanjut.

MASNIZA AWANG KECHIK