fb fb fb fb fb

Tahap keselamatan negara terjamin, rakyat tidak perlu bimbang - PM

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 20 Oktober- Tahap keselamatan negara adalah terjamin dan rakyat tidak perlu bimbang walaupun ada dakwaan wujudnya agensi perisikan luar yang aktif di negara ini.

Jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau masih menunggu laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung dakwaan agensi perisikan luar yang ada kaitan dalam kes penculikan warga Palestin di Malaysia.

"Ejen mossad itu saya belum dapat laporan terperinci daripada MKN dan polis, belum lagi.

"Saya perlu dapat laporan dulu.

"Saya rasa Ketua Polis Negara sudah buat kenyataan, kita tunggu selepas saya jumpa denggan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah MKN, semua agensi berkaitan saya akan dapatkan laporan," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/BERNAMA)

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas mengenai pendedahan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang melaporkan agensi perisikan Israel, Mossad merupakan dalang yang mengupah warga tempatan untuk menculik seorang warga Palestin, Omar Z. M. Albelbaisy Raeda.

Media Baharu