fb fb fb fb fb

Program Penyeragaman Harga KPDNHEP kurangkan jurang harga masyarakat luar bandar dan di bandar

PULAU REDANG, 19 Mac - Situasi jurang harga berbeza melibatkan barangan asas di antara masyarakat luar bandar dan di bandar kini dapat dikurangkan melalui perlaksanaan Program Penyeragaman Harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara menyeluruh.

Program tersebut menyasarkan lebih 1.2 juta pengguna yang juga merupakan masyarakat di kawasan kepulauan dan pedalaman untuk turut sama menikmati harga barangan asas khususnya melibatkan barangan bersubsidi pada harga yang sama seperti penduduk di bandar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid menjelaskan bahawa sehingga kini program itu telah dilaksanakan di 798 lokasi meliputi enam negeri di Sabah, Sarawak, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Program penyeragaman harga tersebut memfokuskan tujuh barangan keperluan utama seperti beras putih, minyak masak, tepung gandum, gula putih, petrol dan diesel termasuk gas memasak LPG yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM200 juta pada tahun ini.


(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memantau harga barangan di Pulau Redang, Terengganu)

"Saya minta supaya diadakan (program penyeragaman harga) sebab saya mendapat aduan daripada penduduk di sini (Pulau Redang) dan juga di Pulau Perhentian kerana mereka berasa tertekan dalam keadaan COVID-19 dan sebagainya jadi mereka merasakan bahawa tidak adil untuk diputuskan ataupun diberhentikan program ini." kata beliau yang ditemui semasa merasmikan Program Penyeragaman Harga, di sini.

Tambah Rosol, program tersebut memberi manfaat lebih pada 7,000penduduk di Pulau Redang dan Pulau Perhentian untuk turut sama menikmati harga barangan bersubsidi serta harga kawalan seperti mana pengguna di tanah besar.

Media Baharu