PETALING JAYA, 18 Januari- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berhasrat untuk meningkatkan lagi sumbanganya di bawah Program Pembekalan Barangan Asas 100 bagi membantu kerajaan menangani isu kos sara hidup.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah menyatakan, gerakan koperasi menyasarkan untuk meningkatkan nilai transaksi di bawah program berkenaan daripada lebih RM12 juta kepada RM300 juta untuk tahun 2023.
"Diharapkan koperasi ANGKASA dapat membantu rakyat bagi mengatasi masalah kemiskinan selain membela nasib mereka dalam mendepani cabaran ekonomi pada tahun ini.
"Jadi, selepas ini boleh meningkatkan pendapatan orang ramai melalui gerakan operasi. Dalam masa yang sama peranan Angkasa selama ini dapat membantu kerajaan ke arah mengurangkan kos sara hidup," katanya selepas menerima lawatan rasmi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya.
(Dr Abdul Fattah)