KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Lebih 4,000 wanita di seluruh negara, berjaya diberi bimbingan melalui sebuah program pembangunan bagi memperkasa wanita dalam bidang kemahiran dan keusahawanan.
- Membekalkan bimbingan latihan digital dan kemahiran keusahawanan untuk tingkatkan potensi ekonomi wanita.
- Mewujudkan rangkaian komuniti sokongan bagi membina keyakinan diri dan peluang perniagaan baharu.
- Selaras dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita.
Inisiatif tersebut menjadi platform untuk membantu wanita meningkatkan keyakinan diri dan meneroka peluang baharu.
Ini termasuk mengembangkan potensi ekonomi melalui aktiviti bimbingan, latihan digital serta jaringan komuniti.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr. Faridah Awang berkata program seumpama itu, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh agenda kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita.
“Saya mengharapkan agar program ini mampu menginspirasi dan memperkasa wanita Malaysia untuk melangkah keluar daripada zon selesa, sama ada dalam bidang masakan atau dalam kehidupan, serta membawa perubahan yang lebih bermakna kepada diri dan keluarga melalui makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu majlis pelancaran dekat sini, hari ini.
Antara matlamat program berkenaan adalah meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pendidikan, sokongan dan keusahawanan inklusif.