fb fb fb fb fb

Program MM2H, kelonggaran syarat tingkat jualan hartanah di Johor

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 22 Oktober - Kelonggaran syarat program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan kenaikan kadar rumah sewa di Singapura, berupaya meningkatkan jualan hartanah di Johor.

Ini sekaligus menyelesaikan isu hartanah tidak terjual dan merancakkan lagi projek perumahan di negeri itu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata penjualan hartanah di Johor meningkat 17 peratus sehingga penggal pertama tahun ini.

Katanya, ia termasuk 70 peratus perumahan di Country Garden, Johor Bahru dan Forest City, Iskandar Puteri serta hampir 100 peratus aset di R&F Princess Cove.

(Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor)

"Selepas 2018 banyak diketatkan syarat MM2H ini, jadi kerajaan Johor hanya meminta sebelum 2018, sebagai contoh kena ada deposit RM1 juta, yang ini di peringkat Filipina dan Thailand tidak buat perkara syarat ini, kena tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 90 hari," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Larangan dan Penguatkuasaan Pembuangan Sampah di Hutan Bandar Rini, di sini.

Mohd Jafni turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju untuk melonggarkan syarat permohonan MM2H sedia ada.

Melalui pendekatan itu, katanya ia dapat meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.

Julai lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membangkitkan keperluan supaya kerajaan menambah baik program MM2H.

Media Baharu