fb fb fb fb fb

KPT minta universiti awam pertimbang tawaran kemasukan pelajar

JOHOR BAHRU, 22 Oktober- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta setiap universiti awam mempertimbang untuk memberi tawaran pengajian kepada pelajar lulus subjek asas, dan layak, bagi mengelakkan golongan tersebut tercicir daripada pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara universiti awam yang diberi perhatian dalam pendekatan itu, ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Pihak universiti boleh memberikan tawaran pengajian kepada pelajar sekiranya mereka tidak mendapat tawaran daripada unit pusat oniversiti (UPU).

"Jadi macam di sini, kampus ini mempunyai kapasiti utnuk 4,000 pelajar tetapi jumlah pelajar di sini ada 3,100 pelajar. Tetapi kekosongan yang perlu diisi perlulah menepati syarat dan mesti layak, bukan sekadar untuk mengisi kekosongan itu.

"Jadi kita akan memberi peluang kepada pelajar tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan UITM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, dan sesi menandatangani perjanjian persefahaman dengan rakan strategik akademik di sini.

Perjanjian itu fokus kolaborasi akademik, bagi menyediakan modal insan berdaya saing, professional, dan berkualiti tinggi, seiring keperluan industri tempatan dan global.

Bagaimanapun Mohamed Khaled berkata syarat kelayakan kemasukan pelajar ke universiti awam kekal menggunakan sistem merit.

(Mohamed Khaled Nordin)

 

 

Media Baharu