fb fb fb fb fb

Isu Palestin, tiada sekatan muat naik hantaran di media sosial

(FOTO FB MENTERI)

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Tiada sekatan terhadap pengguna memuat naik hantaran berkaitan Palestin di platform media sosial.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia selepas pihaknya telah berhubung dengan Meta, syarikat Pemilik Facebook dan Tik Tok berikutan aduan sekatan dikenakan ke atas pengguna Tik Tok.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

"Jadi dalam isu ini saya telah berhubung dengan pihak Tik Tok untuk mendapatkan penjelasan, tapi penjelasannya tidak memuaskan. Jadi saya mungkin akan minta panduan Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil.

"Saya minta juga nanti satu taklimat diadakan terutama untuk editor kanan supaya beberapa perkara ini dapat kita sampaikan nanti dalam minggu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri himpunan 'Freedom For Palestine' di Dataran Merdeka, di sini.

Perhimpunan solidariti anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE yang dihadiri lebih 3,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap krisis kemanusiaan yang dihadapi rakyat Palestin ketika ini.

Media Baharu