fb fb fb fb fb

Program Merdeka@Komuniti Langkawi, semarak semangat cinta negara di pedalaman

LANGKAWI, 7 Ogos- Langkawi menjadi lokasi seterusnya bagi Program Merdeka@Komuniti bersempena Bulan Kebangsaan 2022.

Menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di pedalaman, lebih 100 komuniti di Kampung Kuala Melaka Langkawi turun padang memeriahkan program dengan kibaran Jalur Gemilang.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata sikap toleransi dan kerjasama erat antara Keluarga Malaysia dapat disaksikan dengan penganjuran program seumpama itu.

Antara pengisian, gotong royong memasak bubur asyura dan kenduri rakyat.

"Memperluaskan lagi, menyebar luas lagi daripada segi semangat gotong-royong itu dalam kalangan mereka dan bila adanya platform program seperti ini, kita dapat lihat kebersamaan antara mereka.

"Secara tidak langsung akan dapat menyuntik lagi dan dapat menanam semangat Keluarga Malaysia dalam k alangan mereka seperti yang kita harapkan," katanya.

(Datuk Seri Mohammad Mentek)

Beliau ditemui RTM selepas merasmikan Program Merdeka@Komuniti sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2022 di Kampung Kuala Melaka, di sini hari ini.

Media Baharu