fb fb fb fb fb

MAHA 2022: Galakkan petani, penternak terap elemen digital dan teknologi

SERDANG, 7 Ogos- Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 akan menggalakkan golongan petani dan penternak untuk menerapkan elemen pendigitalan dan teknologi dalam bidang pekerjaan mereka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia penting bagi mentransformasikan sektor agrikultur negara, khususnya pembuatan makanan ke arah yang lebih baik.

Jelas beliau, penerapan kaedah tersebut berupaya meningkatkan kecekapan pengeluaran makanan selari dengan keperluan dan kehendak semasa.

"Saya melihat terdapat beberapa penyelesaian dalam pasaran, namun adakah teknologi itu mampu diterapkan oleh petani?

Ini sangat penting, kalau kita bercakap misalnya tentang isu keselamatan makanan, kita mesti tahu secara tepat berapa banyak yang mesti kita hasilkan, berapa jumlah yang kita perlukan dan melalui cara itu, kita secara banyak atau sedikit dapat mengawal harga," katanya selepas menyempurnakan perasmian Kluster Agro Edutainment bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee di sini.

(Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia)

Kluster yang berkonsepkan penerokaan agro itu merupakan salah satu tarikan baharu yang diwujudkan sempena MAHA 2022.

Ia mengetengahkan pelbagai inovasi, mekanisasi serta pendidikan berkaitan pertanian, perikanan, penternakan dan keusahawanaan.

Media Baharu