fb fb fb fb fb

COVID-19: Industri peruncitan negara kekal berdaya tahan tahun lalu

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Industri peruncitan negara kekal berdaya tahan tahun lalu meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Menurut kaji selidik dijalankan platform teknologi kewangan ADYEN, 71 peratus perniagaan merentasi pelbagai sektor telah berjaya mencatat peningkatan hasil lebih 20 peratus.

Ketua Komersial Asia Tenggara dan Hong Kong Adyen, Priyanka Gargav menjelaskan prestasi positif itu disokong terutamanya oleh pelaburan dalam transformasi digital.

"Penggunaan teknologi untuk pelaburan dan meningkatkan operasi lebih tinggi di Malaysia berbanding negara lain di rantau ini, lebih tinggi dari Australia, Singapura dan Hong Kong.

"Perubahan-perubahan yang dilakukan ini akan turut memberi manfaat menjangkaui tempoh selepas pandemik," katanya pada taklimat Laporan Peruncitan Adyen 2022, di sini.

Kaji selidik itu katanya melibatkan responden terdiri daripada 1,000 pengguna dan 500 perniagaan di negara ini.

(Priyanka Gargav)

Media Baharu