KLUANG, 19 September- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa untuk bersama-sama menghadiri program Malam Kluang Berselawat di Masjid kampung Tengah Kluang.
Program yang digerakkan sempena Maulidur Rasul itu turut disertai lebih 2,000 penduduk sekitar yang bersama-sama berselawat pada majlis tersebut
Majlis dimulakan dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW disusuli dengan alunan qasidah, bacaan al-Quran serta tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azwan dari kumpulan Far East
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Exco Kerajaan Negeri
Program berkenaan dilihat sebagai platform merapatkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.