fb fb fb fb fb

Program MADANI Afiat: Lebih 1,700 isi rumah jalani saringan kesihatan

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Sejumlah 1,776 isi rumah telah berjaya menjalani saringan kesihatan menerusi tujuh program MADANI Afiat di tujuh negeri sebelum ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, pihaknya menyasarkan lebih banyak penglibatan penduduk pada program MADANI Afiat kali kelapan itu yang melibatkan kawasan sekitar Kuala Lumpur.

"Kita cuba laksanakan seramai mungkin, biasanya dalam setiap program MADANI Afiat kita akan pergi rumah ke rumah, tengok keadaan dan berapa ramai petugas yang kita ada.

"Siapa yang hadir akan menerima imunisasi COVID-19 bagi penduduk yang masih belum mendapatkan dan kemudian kita ada juga saringan HPV iaitu saringan bagi pengesanan awal kanser serviks" katanya kepada pemberita selepas melepaskan pasukan Mobilisasi MADANI Afiat dan Saringan Kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di sini hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM