Program khidmat masyarakat IPTA perlu berterusan, bukan bermusim

Foto RTM

MELAKA, 27 Oktober – Program khidmat masyarakat perlu dijadikan agenda berterusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penglibatan mahasiswa memberi pendedahan kepada kehidupan masyarakat di luar kampus.
  • Program ini inisiatif kemasyarakatan universiti untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat.
  • Interaksi langsung membentuk graduan lebih matang serta memupuk nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial.
  • Perlu diperkasa di semua IPTA untuk melahirkan graduan cemerlang akademik dan peka keperluan masyarakat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, penglibatan mahasiswa dalam program seumpama itu penting bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang kehidupan masyarakat di luar kampus.

“Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh universiti di seluruh Malaysia bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat,”katanya selepas merasmikan Majlis Penutup KPT Siswa UTeM Prihatin @ Melaka 2026 di Masjid Al Wathoni, Telok Mas, di sini.

Tambahnya, peluang berinteraksi secara langsung dengan masyarakat dapat membentuk mahasiswa menjadi graduan yang lebih matang, di samping memupuk nilai kepimpinan dan tanggungjawab sosial.

Justeru, beliau berharap program kemasyarakatan terus diperkasa di semua IPTA bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah peka terhadap keperluan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.