fb fb fb fb fb

Program Kerja Berasaskan Pembelajaran Pengurusan Haji Umrah,dedah pelajar kepada situasi sebenar industri

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa YEG Academy, Mohamad Fikri Hasbi /FOTO RTM

SHAH ALAM, 9 Disember - Program Kerja Berasaskan Pembelajaran Pengurusan Haji Umrah diperkenal, bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar industri haji dan umrah.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa YEG Academy, Mohamad Fikri Hasbi berkata, modul pengajian melibatkan 12 bulan pembelajaran teori serta 18 bulan latihan industri.

"Terdapat dua tahap dalam praktikal Latihan Industri. Tahap pertama dia perlu tahu bagaimana menguruskan jemaah ketika berada di Malaysia, menguruskan visa, dan khidmat pelanggan.

"Selepas itu barulah di Mekah dan Madinah dan mereka akan berada di lapangan", kata Mohamad Fikri di sini.

Tambahnya, selain berpeluang belajar ilmu praktikal dengan mereka berpengalaman dalam industri, modul yang diguna pakai juga merupakan inovasi terkini dalam pendidikan.

Malah, sepanjang program ini, pelajar dibayar gaji penuh serta serta diberi penginapan dan makanan percuma.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD