fb fb fb fb fb

Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah, lebih 160,000 penduduk bakal terima manfaat esok

Foto FB KWP

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Seramai 147,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur serta 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di Labuan bakal terima manfaat menerusi Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah.

Program ini adalah inisiatif daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dalam satu kenyataan media memaklumkan Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah itu dibuat bagi meringankan beban ekonomi Keluarga Malaysia dan mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat secara umumnya.

"Program ini bakal dilaksanakan selama 6 bulan di setiap PPR dan PA termasuk kedai-kedai yang dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.48 juta.

Melalui program ini, setiap isi rumah dapat menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur sehingga 14.29 peratus bagi setiap pembelian satu ekor ayam dan 10 biji telur," kata Shahidan dalam kenyataanya hari ini di laman Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan.


(Foto Fail)

Menurut Shahidan, manfaat ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dimana kadar subsidi sebanyak RM3 seekor ayam serta dapat berjimat sebanyak RM0.50 sen apabila membeli 10 biji telur ayam Gred B.

Orang ramai diseru untuk merebut peluang keemasan itu bermula pada 14 Julai 2022 (Khamis) pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang dan sesi jualan akan bermula esok iaitu di PA Sri Johor, Kuala Lumpur.

Media Baharu