KAJANG, 25 Ogos - Lebih RM70,000 hasil jualan direkodkan dalam tempoh tiga hari Program Jualan Merdeka Rahmah Madani dan Infokraf Zon Tengah 2025 anjuran Jabatan Penjara Malaysia.
Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, program julung kali diadakan di kompleks penjara itu menjadi medium memperlihatkan kejayaan usaha pemulihan penghuni melalui latihan kemahiran.
Menurutnya, jumlah transaksi yang tinggi membuktikan program jualan di kompleks penjara mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
Beliau berkata, inisiatif itu selari dengan usaha memasyarakatkan perkhidmatan penjara selain memberi peluang masyarakat menyokong proses pemulihan penghuni sebelum kembali ke pangkuan masyarakat.
Datuk Abdul Aziz berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Jualan Merdeka Rahmah Madani dan Infokraf Zon Tengah 2025.
Program berkenaan mengetengahkan pelbagai produk hasil latihan penghuni penjara dari enam sektor utama iaitu fabrik, pertanian, penternakan, makanan, perkhidmatan, pembuatan dan kraf.
Antara produk yang dipamerkan termasuk kraftangan, tenunan songket, kain batik serta makanan sejuk beku, selain menampilkan beberapa reruai Jualan Rahmah.
Program tersebut bermula 23 Ogos lalu dan akan berakhir esok, dari pukul 9 pagi hingga 4 petang di perkarangan Dewan Kelab Penjara Kajang, Selangor.
Dalam pada itu, Datuk Abdul Aziz menegaskan, kraf batik hasil kakitangan serta prospek penjara wajar diketengahkan kerana setanding dengan penghasilan batik lain di pasaran.

Katanya, kelebihan batik penjara terletak pada kaedah pembuatan serta mutu kualiti, justeru beliau berharap masyarakat terus memberi sokongan agar kedudukan batik itu lebih kukuh dan mendapat tempat di hati pengguna.