fb fb fb fb fb

Program Jualan Malaysia rekod nilai jualan RM661 bilion

 

PUTRAJAYA, 22 Oktober- Program Jualan Malaysia (PJM) yang digerakkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya merekodkan nilai jualan sektor peruncitan mencecah RM661 bilion sekali gus melebihi nilai sasaran awal RM500 bilion.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, PJM mencapai sasaran yang ditetapkan melalui peruntukan sebanyak RM10 juta kepada KPDN pada tahun lalu dengan mencatatkan 302,522 premis perniagaan mengadakan jualan murah sepanjang tahun berbanding 300,000 premis yang disasarkan.

"Jadi Alhamdulilah pasca COVID-19, inilah usaha KPDN, untuk memulihkan semula ekonomi negara, kita amat bersyukur dan berbesar hati kerana ianya telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan,"katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas sesi cabutan bertuah siri akhir PJM di pusat beli-belah IOI City Mall.


(Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh)

Media Baharu