fb fb fb fb fb

Program JTDL dapat sambutan meriah

(Sambutan memberangsangkan daripada penduduk setempat)

KEMAMAN, 4 Februari- Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bukan saja menguntungkan pengguna malah mampu meningkatkan pendapatan pengeluar ladang kontrak, produk buah-buahan, dan sayuran yang dipasarkan.

Pelaksanaan program tersebut memudahkan pengguna setempat untuk mendapat bekalan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Antara objektif program tersebut adalah utnuk membantu mengurangkan kesukaran pengguna mendapatkan bekalan, menawarkan harga berpatutan, menepati intipati serta membantu kepada pengguna golongan yang berpendapatan rendah.

Tinjauan RTM di tapak jualan terus dari ladang tersebut mendapati sambutan yang memberangsangkan dari penduduk setempat di perkarangan Masjid Mak Chili, Kemaman bermula pukul 8.00 pagi tadi.

Program sama turut dijalankan di empat lokasi iaitu Perkarangan Masjid Kampung Menerong Hulu Terengganu, Perkarangan Masjid Kampung Padang Jambu Dungun, Perkarangan Masjid Batu 2 Mak Chili Kemaman dan Perkarangan Masjid Kampung Rhu Muda Marang Terengganu.


(Pelbagai produk dipasarkan di Program JTDL)

Media Baharu