fb fb fb fb fb

Dua PPS dibuka di Seberang Perai

SUNGAI BAKAP, 4 Februari- Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir susulan hujan lebat semalam.

PPS pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah, Sungai Jawi pada pukul 10.00 malam.

PPS ini menempatkan lapan keluarga yang terdiri daripada 13 orang dewasa, lapan kanak-kanak serta tiga warga emas menjadikan jumlah keseluruhan mangsa 24 orang.

PPS kedua pula dibuka di Dewan Komuniti Kubang Menerong, Tasek Gelugor pada pukul 11.00 malam.

Sebanyak 11 keluarga ditempatkan di PPS ini yang terdiri daripada 38 orang.

(Antara mangsa banjir yang ditempatkan di PPS)

Antaranya 19 orang dewasa, 11 kanak-kanak dan lapan warga emas.

Dalam kejadian semalam, hujan lebat yang berterusan sejak pukul 4.00 petang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dinaiki air.

Media Baharu