fb fb fb fb fb

Program Jagai Alam Sekitar Anda, tingkat kesedaran masyarakat

Peserta menyertai program Jagai Alam Sekitar Anda / Foto RTM

KANGAR, 14 Jun - Kempen meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar dilaksanakan secara berterusan.

Ini termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mengambil inisiatif melaksanakan program Jagai Alam Sekitar Anda (JASA) bersama komuniti setempat.

Menurut Ketua Unit Bantuan Kemanusian, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Arif Adzwan Mohd Ali, program itu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, selaras dengan usaha YADIM dalam melestarikan alam sekitar.

"Usaha digerakkan YADIM ini bagi membangunkan masyarakat Madani yang komited melaksanakan program dan aktiviti dakwah kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Tambahnya, "Setiap program dilaksanakan YADIM berkonsep menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum dan agama serta menonjolkan beberapa elemen kebersamaan dengan menekankan elemen keharmonian, perpaduan, kebersihan dan penjagaan kesihatan kendiri."

Beliau memaklumkannya pada Program Jagai Alam Sekitar Anda (JASA) yang berlangsung di Taman Eko Rimba Bukit Ayer melibatkan lebih 100 peserta.

Turut dilaksanakan program Street Dakwah dan Ziarah Kasih Madani dengan menyantuni lima keluarga asnaf serta pesakit terlantar dengan sumbangan barangan keperluan harian.

Program dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis Selatan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) serta Pertubuhan Kebajikan Joggers Perlis.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ