fb fb fb fb fb

Program Budaya 3 Serumpun RTM-RRI-RTB perluas idea dan maklumat

Pengarah Bahagian Program Radio, RTM, Saifuzzaman Yusop

SEREMBAN, 22 April- Program Budaya 3 Serumpun kembali diadakan bermula 24 hingga 26 April di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program tersebut merupakan kolaborasi antara tiga negara melibatkan RTM, Radio Republik Indonesia (RRI) dan Radio Televisyen Brunei Darussalam (RTB).

Kerjasama erat yang terjalin menerusi program tersebut sejak tahun 2006, pastinya mengukuhkan lagi persaudaraan serta memperluaskan idea dan maklumat.

Menurut Pengarah Bahagian Program Radio Jabatan Penyiaran Malaysia, Saifuzzaman Yusop, pemilihan Negeri Sembilan adalah berdasarkan persamaan adat perpatih yang ada di Indonesia turut terdapat di Negeri Sembilan. 

"Bila kita mengundang delegasi RTM, RRI serta RTB, kita mahukan suatu suasana ataupun budaya yang mereka akan lihat hampir serumpun dengan mereka.

'Sebab mungkin jika kita memilih negeri lain, mungkin tidak berapa selari. Di Negerifm ini, adat itu memainkan peranan yang penting jika dengan pihak Radio Republik Indonesia, mungkin adat perpatih itu mungkin ada di sana", katanya selepas diwawancara menerusi Segmen 34 Je, di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. 

"Di sini jadi lebih tepat kita memilih Negerifm ataupun Negeri Sembilan ini bersesuaian supaya tiga serumpun itu dapat kita silang budayakan antara tiga negara.

Antara program yang akan diadakan menerusi Program Budaya 3 Serumpun ialah Program Berbalas Pantun Budaya 3 Serumpun serta Rakaman Drama.

ROSLINA BINTI DIN