fb fb fb fb fb

10 IPTS kini menggunakan e-MAS

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud

PUTRAJAYA, 22 April- Permohonan akreditasi program pengajian kini boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Sistem Akreditasi Elektronik atau e-MAS.

Jelas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, e-MAS mengintegrasikan kesemua modul pengurusan berkaitan akreditasi untuk mewujudkan sebuah platform yang bersepadu.

'Melalui ini, MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) akan menggabung dan mengintegrasikan semua modul bagi mewujudkan sistem bersepadu bagi memberi nilai tambah kepada institusi pengajian tinggi negara", katanya.

Sistem baharu itu dijangka dapat memendekkan proses akreditasi program, selain boleh diakses 24 jam.

Bagi peringkat awal pelaksanaannya, 10 institusi pengajian tinggi swasta kini sedang mengaplikasikan sistem berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan Majlis Tautan Kasih Agensi Kelayakan Malaysia di Putrajaya.

Turut berlangsung, pemeteraian Memorandum Persefahaman antara MQA dan Badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi, Indonesia.

Kolaborasi bagi memperkukuh kerjasama selain bertujuan meningkatkan kerjasama berfokus di antara kedua-dua agensi.

ROSLINA BINTI DIN