fb fb fb fb fb

Program bimbingan, latihan berimpak tinggi bantu guru tingkat profesionalisme

Program bimbingan dan latihan dilaksana Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

ARAU, 1 Julai- Program bimbingan dan latihan berimpak tinggi merupakan platform bagi menyokong agenda peningkatan profesionalisme guru baharu peringkat menengah dilaksanakan.

Program Komuniti Pembelajaran Profesional dilaksana Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) dengan kerjasama Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis melibatkan penyertaan daripada 50 guru baharu dan 10 guru pakar bagi setiap mata pelajaran.

Pengarah Eksekutif FCoEE, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin memaklumkan, program itu memberi tumpuan kepada lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains.

"Pelaksanaan tersebut merupakan perancangan baharu dengan penerapan serta pembudayaan digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

"Program tersebut merupakan usaha jangka panjang untuk merealisasikan visi Jabatan Pendidikan Perlis ke arah pendidikan berkualiti, guru kompeten dan pelajar cemerlang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Komuniti Pembelajaran Profesional  di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini.

Program selama tiga hari bermula 30 Jun hingga 2 Julai itu dikendalikan 10 fasilitator dan empat orang penceramah berpengalaman dalam pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi untuk penyampaian slot lebih interaktif.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI