fb fb fb fb fb

Penstrukturan subsidi RON95 elak ketirisan, sasar bantuan lebih berkesan

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Penstrukturan semula subsidi petrol RON95 disifatkan sebagai langkah penting bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan dalam sistem agihan subsidi negara.

Menurut Exco Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Profesor Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Malaysia merupakan antara negara yang menawarkan harga petrol paling rendah di rantau ini, yang menyebabkan berlakunya pembelian oleh warga asing serta aktiviti penyeludupan.

Situasi itu sekali gus membawa kepada pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan.

"Secara purata, rakyat Malaysia menerima subsidi petrol yang lebih tinggi berbanding rakyat di negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana subsidi itu diagihkan dengan berkesan kepada golongan yang benar-benar memerlukan," katanya.

Selain itu, beliau turut mengariskan, penjimatan hasil rasionalisasi subsidi ini dapat disalurkan semula kepada sektor keperluan rakyat seperti pembinaan hospital, sekolah serta infrastruktur asas.

Langkah itu juga ilihat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurus kewangan negara secara lebih mampan, selaras dengan sasaran mengurangkan defisit fiskal dalam jangka masa sederhana.

“Walaupun penstrukturan subsidi ini mungkin memberi kesan kepada golongan M40 dan T20, bantuan bersasar serta pemberian tunai kepada kumpulan B40 perlu dipastikan benar-benar sampai agar tidak membebankan mereka," katanya semasa menjadi tetamu secara virtual di program Selamat Pagi Malaysia.

0107 NSL SPM RASIONAL RON95 Exco Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Profesor Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE