fb fb fb fb fb

TPM Zahid hargai kerjasama KKDW sepanjang 940 hari berkhidmat

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 Julai– Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan penghargaan atas kerjasama padu semua pihak sepanjang 940 hari beliau menerajui kementerian itu.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid dalam ucapannya semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya menyatakan rasa puas hati terhadap komitmen warga KKDW dalam merealisasikan pelbagai agenda pembangunan luar bandar.

"Semoga 940 hari yang mendatang, kementerian ini bukan sahaja memperoleh pengiktirafan daripada kerajaan, saya mahu pemegang taruh kita dan rakyat membalas jasa KKDW," katanya.

Menurut beliau, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap usaha KKDW dapat diterjemah bukan sekadar melalui pujian, tetapi menerusi sokongan dalam bentuk undi pada masa hadapan.

"Dalam bentuk sokongan peti-peti undi tanpa perlu menguar-uarkan apa yang kita lakukan, mereka sendiri berterima kasih dan merasa, selain menyokong kerajaan yang telah membawa perubahan demi kepentingan rakyat melalui KKDW dan kementerian lain, insya-Allah," tambahnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM