fb fb fb fb fb

Bantuan Prihatin MRC-Kembali Ke Sekolah, ringankan beban pekebun kecil dan B40

KLANG, 15 Mac - Hampir RM1 juta diperuntukan untuk program pembangunan pendidikan, iaitu salah satu inisiatif Unit Kelestarian Majlis Getah Malaysia (MRC).

Program Bantuan Prihatin MRC-Kembali Ke Sekolah itu bertujuan meringankan beban golongan pekebun kecil dan B40 di seluruh negara, bagi membuat persiapan pembukaan sekolah anak-anak mereka untuk sesi 2022/2023 yang dijangka bermula pada 21 Mac ini.

Pengerusi MRC Dr. Daroyah Alwi berkata, menerusi dana itu, seramai 6,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah dikenal pasti mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

(Dr. Daroyah berkata demikian selepas melancarkan program Bantuan Prihatin MRC-Kembali Ke Sekolah di Kapar)

"Kita bermula di Selangor kemudian kita akan meneruskan program ini ke seluruh negara. Semua negeri kita akan jelajah. Pasukan kelestarian juga bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRC dan minggu depan kita akan ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Kemudian kita meneruskan ke Semenanjung. Untuk kali ini kita mengkhususkan untuk 6,000 pelajar yang mana setiap seorang akan menerima dalam nilai RM165, berupa barangan, beg sekolah dan RM50 untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," katanya di sini.

Di Selangor seramai 502 pelajar daripada 37 buah sekolah menengah dan sekolah rendah menerima manfaat ini melibatkan peruntukan keseluruhan nilai sebanyak RM82,830.

Media Baharu