fb fb fb fb fb

Kepimpinan berintegriti dan bertanggungjawab untuk Johor

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Pemimpin yang dipilih menerajui negeri Johor perlu mempunyai nilai integriti yang tinggi dan bertanggungjawab.

Pandangan itu disuarakan Penganalisis Politik, Dr Sivamurugan Pandian.

"Pemimpin itu perlu ada nilai intergriti nilai kecekapan nilai ketulusan, nilai akauntabiliti nilai amanah dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing, setiap pemimpin berjawatan yang mampu menampakkan keukuhan kewibaan dan juga mampu mendapatkan pengiktirafan sekiranyaitu dilakukan dengan sepenuhnya," kata Sivamurugan di sini.

Perunding keusahawanan, Hisham Wahab pula berpandangan kerajaan yang stabil boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

(Hisham bercakap kepada RTM)

"Khususnya menifesto kerajaan Barisan Nasional (BN) beberapa idea dan janji untuk memberikan kesejahteraan. Contohnya kepada golongan usahawan muda diberikan dana untuk kehidupan yang lebih selesa, diberikan janji, disediakan kemudahan penginapan kediaman yang kemas,"

Dan saya berpendapat dengan adanya menifesto kerajaan BN, beberapa idea dan janji yang kemas memang boleh dilaksanakan dengan syarat kerajaan yang ada kerajaan yang stabil. Pastinya akan berlaku peningkatan ekonomi di negeri johor khususnya," katanya.

Media Baharu