fb fb fb fb fb

Program Aidilfitri Malaysia Madani@Dataran Merdeka meriah

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Aidilfitri Malaysia MADANI@Dataran Merdeka di ibu negara.

Program berkenaan bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail.

Lebih 20,000 pengunjung menghadiri program tersebut melibatkan masyarakat pelbagai kaum dan agama termasuk pelancong asing.

Pelbagai menu dan juadah disediakan di 120 gerai untuk dinikmati pengunjung dengan konsep "first come, first served".


(Program berkenaan bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi)

Media Baharu