fb fb fb fb fb

Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah, martabat inovasi pendidikan

LABUAN, 13 Mei- Jabatan Pendidikan Labuan komited menyokong inisiatif warganya memartabat inovasi pendidikan.

Kejayaan pelaksanaan Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah demi menambah baik amalan pengajaran pendidik, dilanjutkan ke peringkat sekolah rendah dan menengah agar dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran subjek.

Menurut Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Mohammad, inisiatif itu seiring dengan visi inovasi pembelajaran kementerian.

"Teknik ciptaan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah Labuan, Suriani Alland Rice Oxley ini berteraskan 12 soalan.

"Peserta mampu mengenal pasti dan memperhalusi isu pembelajaran seterusnya melakukan intervensi melalui kreativiti dan inovasi," katanya kepada pemberita di sini.


(Teknik ciptaan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah Labuan,
Suriani Alland Rice Oxley ini berteraskan 12 soalan)

Media Baharu