fb fb fb fb fb

Produk pelancongan Pahang, disambut baik wakil negara ASEAN

KUANTAN, 16 Ogos- Duta dan wakil ASEAN menyifatkan produk pelancongan di Pahang adalah unik dan boleh dipromosikan ke negara-negara anggota sebagai usaha memajukan industri pelancongan negeri berkenaan.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono kagum melihat keunikan budaya, etnik dan produk tempatan Pahang dan ia tidak terdapat di negara lain.

"Salah satu cara untuk mempererat hubungan antara negara adalah dengan hubungan diplomasi budaya yang kini giat dipromosikan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) untuk dalam penyatuan satu bangsa dengan bangsa lain untuk saling mengenal budayanya. Mungkin wujud persamaan tetapi ada juga hal lainnya yang boleh saya kira amat unik. Dengan diplomasi budaya ini, bukan sahaja hubungan kerajaan dapat dipertingkat malah rakyat dan juga masyarakat awam," kata Hermono kepada pemberita RTM pada program Explore Pahang With ASEAN Ambassadors and High Commissioners, di sini.


(Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono)

Perkara sama turut dizahirkan Duta Laos ke Malaysia, Viengsavanh Sipraseuth yang turut hadir ke program berkenaan.

"Ini satu penghormatan besar bagi saya kerana berpeluang melawat bandar raya Kuantan yang indah di tepi laut ini dan ini juga kali pertama saya ke sini dan saya sangat menikmati semua aktiviti. Terima kasih kepada Tourism Malaysia dan Tourism Pahang kerana menjemput kami, saya sangat seronok dengan semua aktiviti terutamanya batik lukisan," tambah Viengsavanh Sipraseuth.

 

Media Baharu